
Oleh Feyra Nasrom Sumber jmr23.com
Kalau anak kecil terkena ketumbit kat mata, korang boleh cuba petua tradisional ni. Perkongsian daripada Encik Jamar Bahar ini sememangnya membantu dalam memulihkan ketumbit anak kecil anda. Encik Jamar juga mengamalkan petua ini pada anak lelakinya yang berusia 11 bulan dan hasilnya Alhamdulillah menjadi.. Jom baca petua kat bawah ni :
1) Ambil bawang putih dan tenyeh pada mata yang terkena ketumbit
2) Cari daun belimbing buluh dan tumbuk halus. Kemudian korang letak di sekeliling kelopak mata yang terkena ketumbit dan ulang letak beberapa kali tau.
3) Korang juga boleh tuam dengan air suam , pastikan kain itu bersih
4)Sudu panas juga berkesan tau ! korang tuam pada mata yang ada ketumbit okay!
5) Pancut dengan air susu ibu
6) Korang juga boleh cuci bahagian dalam mata dengan air suam atau sabun bayi yang tidak memedihkan mata okay!
Tapi, sebelum mengamalkan petua ini, korang sahkan dulu ketumbit pada mata anak korang tidak membahayakan. Jika ia hanya ketumbit biasa dan bukan jangkitan lain, korang boleh cuba amalkan petua ni okay. Selamat mencuba!
*Layan THR Gegar menerusi dengargegar.thr.fm
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.