Bulan Rejab antara bulan yang mulia dan banyak sejarah Islam berlaku dalam bulan Rejab ini. Disebabkan oleh itu, para ulama bersependapat bulan Rejab antara bulan yang dimuliakan dan banyak kebaikan dalam bulan ini.
Berikut adalah 3 Sejarah Penting Yang Berlaku Dalam Bulan Rejab
1- Hijrah Pertama Dalam Islam
Peristiwa ini berlaku pada taun ke 5 kenabikan Rasulullah saw yakni pada tahun 615M. Baginda telah diperintahkan untuk berhijrah keranan ancaman daripada musuh islam.
Biarpun hijrah itu hanya disertai 14 orang sahaja, namun peristiwa ini sangat penting kerana kejadian ini membantu masyarakat Islam daripada terus diseksa.
2. Israk Dan Mikraj
Israk dan Mikraj antara peristiwa terpenting dalam Islam kerana melalu peristiwa ini lah perintah solat diberikan. Perjalan Rasulullah dari Masjidil Haram ke Masjidil al-Aqsa kemudian ke arasy mengambil masa dalam satu malam membuktikan kekuasaan Allah swt.
3. Peperangan Tabuk
Peperangan ini berlaku ketika tahun ke 9 hijrah. Kejayaan peperangan ini menandakan penguasaan Islam sepenuhnya ke atas Semenanjung Tanah Arab kerana wilayah ini terletak di Semenanjung Tanah Arab.
Peperangan ini diketuai oleh Rasulullah saw sendiri dan merupakan perang terakhir baginda. Lebih menarik lagi, peperangan ini dimenangi oleh orang Islam tanpa setitik darah pun yang tumpah.
Jadi, ayuhlah kita perbanyakan amalan di bulan Rejab ini. Sesungguhnya banyak manfaat yang kita boleh peroleh melalui bulan ini. Insha Allah.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.