Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

GEGAR

Permata Pantai Timur

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

GEGAR

Permata Pantai Timur

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

GEGAR

Permata Pantai Timur

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

GEGAR

Permata Pantai Timur

#Trending

KPM Larang Penggunaan 'energy stick'

KPM larang murid guna energy stick
Abdul Muadzar Azizan.
06 Feb 2024, 06:13 PM

ARTICLE-640X360.png

Kementerian Pendidikan mengeluarkan larangan penggunaan ‘energy stick’ kepada pelajar dan murid sekolah dan menjalinkan kerjasama antara pihak Kementerian Kesihatan dengan kementeriannya bagi membendung perkara tersebut. 

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, sehubungan itu juga, pihaknya memohon ibu bapa serta pihak sekolah untuk menyokong usaha ini agar anak-anak mereka tidak terjebak dengan pengambilan ‘energy stick’ berkenaan.

“Kementerian Kesihatan telah pun ambil tindakan dan Kementerian Pendidikan menyokong apa sahaja tindakan yang diambil.

“Sebab itu saya nasihatkan kepada murid jangan ambil, tumpukan pada pendidikan dan jaga kesihatan. Luangkan masa dengan program berfaedah dan jangan mengambil (energy stick) kerana dikhuatiri akan memberi kesan kepada kesihatan kita,” katanya.

Beliau mengeluarkan kenyataan tersebut kepada pihak media majlis Hari Perpaduan Silang Budaya Dan Agihan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) Peringkat Negeri Sembilan 2024 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Nilai Impian, di sini hari ini.

Dalam pada itu, dalam perkara berasingan, Kementerian Pendidikan sedang menjalankan siasatan sekiranya terdapat dakwaan kebocoran pada kertas mata pelajaran Sejarah bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023

“Apa sahaja dakwaan pihak kementerian akan siasat dan pada yang masa sama, saya minta anak-anak ini tidak diganggu dengan berita-berita ini, bagi mereka ruang untuk fokus dengan kertas peperiksaan yang sedang mereka lalui.

“Kami akan siasat dan mengambil penuh tanggungjawab ini,” katanya yang memberitahu pihak kementerian mempunyai integriti cukup tinggi dalam mengawal dengan ketat peperiksaan awam mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Sumber : Kosmo Online

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}
Ads With Us Ads With Us Ads With Us