
Kredit Tambahcheese
Siapa yang ada bela kucing tapi selalu je kencing merata, sampai rumah jadi hancing, bau yang tidak menyenangkan.. nak ajak tetamu datang pun segan.. sebenarnya ada cara mudah untuk korang latih kucing korang untuk kencing di tandas. Jadi ramai yang tak tahu, cara mudah ni memang berkesan untuk latih kucing anda tidak kencing merata.
1)Cuka
Sapu air kencing kucing menggunakan kain bersih hingga kering. Setelah bersih, korang kena bilas dengan menggunakan sedikit air dan cuka okay ! Ya, cuka membantu menghilangkan bau yang tidak menyenangkan dan sangat berkesan untuk hilangkan bau air kencing kucing !
2) Toilet Training
Kucing kebanyakannya mempunyai kebolehan belajar dengan cepat, jadi korang kena sediakan kawasan berpasir untuk ajar mereka agar guna pasir tersebut dengan lebih kerap.
3) Serai
Kalau korang nak tahu, kucing memang tak suka bau serai tauu.. Beli produk berbau serai di mana-mana kedai dan korang sembur di bahagian atau tempat yang kucing korang suka kencing. Nak sembur kat dapur ke ruang tamu ke dimana-mana tempat yang strategic pun boleh okay !
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.