
Foto: Bernama
Seorang peniaga kuih raya berhati murni, Khairruni Ahmad Zabidi, 64, nekad menjual kuih raya serendah RM6 sebekas, setelah melihat seorang pelanggan tidak mampu membeli kuih raya untuk anaknya, insiden ini menyentuh hatinya.
Khairruni menjual biskut raya dengan dibantu oleh dua orang kakaknya di lot parkir stesen minyak Shell, Jalan Raja Ashman, Ipoh, Perak.
Dia terinspirasi untuk menawarkan kuih raya pada harga rendah setelah melihat seorang anak kecil memeluk balang biskut yang diinginkan, namun si ibu tidak mampu membayar biskut yang berharga RM35 sebalang itu.
“Jadi saya jual biskut serendah RM6, jika pelanggan ada RM50, mereka boleh dapat hingga lapan bekas,”

Foto: Bernama
Terdapat aneka kerepek dan pelbagai pilihan kuih raya antaranya biskut mazola, tart nenas dan banyak lagi.
Menariknya, kesemua produknya ialah home made dan pekerjanya terdiri dalam kalangan ibu tunggal yang ingin menjana pendapatan.
Khairruni yang telah berkecimpung selama 20 tahun dalam pembuatan kuih raya turut menolak stigma kuih raya murah pasti tidak sedap.
Rata-rata pelanggannya memuji kuih raya di gerai Khairruni kerana harga yang murah dan pilihan yang banyak.
“Setiap kali balik ke Ipoh, pasti saya singgah. Kuih raya di sini sedap, banyak pilihan dan tak perlu berkira soal harga.”
Khairruni turut berkata walaupun berlaku peningkatan kos barangan, dia masih mengekalkan penjualan pada harga RM6.
Sumber: Bernama
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.