Pelik namun itu yang menjadi kepercayaan beberapa pakar kedai perkakasan rumah premium di Britain apabila mendakwa pinggan merah mampu mendorong seseorang itu mengurangkan pengambilan makanannya.
Syarikat Peyton & Tyler dalam satu kenyataan berkata pemilihan warna dan bentuk pinggan secara tidak langsung dapat mempengaruhi rasa serta kuantiti pengambilan makanan.
Katanya, warna dan bentuk pinggan membuatkan seseorang itu percaya sesuatu makanan itu mungkin berasa lebih manis, lebih sedap atau lebih kuat rasanya.
Dalam beberapa keadaan, ia mempengaruhi kuantiti dan jumlah makanan yang diambil.
Penggunaan pinggan merah yang dikaitkan dengan simbol bahaya, dikatakan membantu mengurangkan pengambilan makanan dan ia sangat baik untuk mereka yang mahu menurunkan berat badan.
Tambah lagi, penggunaan pinggan hitam seperti yang biasa digunakan dalam rancangan memasak di televisyen, membuatkan makanan itu kelihatan lebih enak.
Pinggan berwarna hijau pula membuatkan seseorang itu memikirkan bahawa makanan yang diambil adalah sihat, meskipun realitinya tidak.
Sumber: Real Homes
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.