
Oleh Feyra Nasrom Sumber world of buzz
Seorang wanita dari China, Xu terpaksa dikejarkan ke hospital apabila dia mengalami bengkak di mata yang mengakibatkan matanya jadi terlalu kering.
Menurut sumber World Of Buzz, Xu turut mengalami kegatalan pada mata hingga menjadi merah sejak dua tahun yang lalu. Xu tidak menganggap perkara itu sesuatu yang serius hingga keadaan matanya sekarang bertambah teruk.
Setelah menerima rawatan, doktor mengesahkan ratusan kutu hama hinggap di bulu matanya hingga menyebabkan bulu mata Xu melekat .
Mengejutkan, lebih dari 10 ekor kutu hama tinggal di setiap helaian bulu mata Xu. Xu disahkan menghidap konjungtivitis dan blefaritis di kelopak matanya disebabkan bakteria dari buangan kutu hama tersebut.
Punca utama berlakunya jangkitan ini disebabkan Xu tidak pernah menukar cadar bantalnya sejak lima tahu yang lalu. Faktor ini menyebabkan kutu hama dari cadar tersebut beralih hinggap di bulu mata wanita ini..
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.