
Sumber Youtube
Siapa je yang tak tahu lagu Madu dan Racun kan.. lagu yang cukup popular sekitar 1980 an dendangan Ari Wibowo ini turut menjadi siulan malah ingatan masyarakat di Malaysia dan Indonesia hingga kini.
Lagu Madu dan Racun ini dikatakan tak lapuk dek zaman dengan irama dangdut serta rentak dan irama muziknya cukup bersahaja.
Terkini, lagu tersebut sedang hangat dan cukup popular di negara China dan ia malah menjadi rentak tarian bagi pengguna aplikasi Douyin. Aplikasi ini merupakan video pendek yang memudahkan pengguna memuat naik di akaun mereka dengan cepat dan pantas.
Lagu Madu dan Racun menjadi fenomena di negara Asia hingga menarik perhatian seorang artis terkenal K-Pop untuk menari lagu tersebut.
Jia merupakan bekas ahli kumpulan popular Miss A kelihatan memakai sweater dalam video berkenaan sambil menari lagu Madu dan Racun ini.
🤪🤪🤪🤪🤪
A post shared by Mengjia (@mjbaby0203) on
Tarian yang dimuat naik dilihat sebanyak 279,00 kali oleh netizen dan perkara ini membuatkan rakyat Indonesia berbangga dengan lagu mereka yang turut dikenali oleh artis antarabangsa dari Korea Selatan itu.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.