![[video] lelaki tampil jadi wira, buat cpr selamatkan penyu hampir mati lemas!](https://media2.fishtank.my/media/gegar/assets/articles/doublepic-25-1.png)
Foto: Tiktok (@amir.fitri8)
Video perkongsian seorang pengguna TikTok, @amir.fitri8, menjadi tular selepas memuat naik video yang memaparkan detik cemas dia melakukan bantuan pernafasan (CPR) untuk menyelamatkan seekor penyu yang hampir mati lemas. Video tersebut bukan sahaja meraih ribuan tanda suka dan perkongsian, malah turut menyentuh hati ramai netizen yang kagum dengan tindakan ikhlas itu.
Menyedari penyu itu masih mempunyai peluang untuk hidup, dia dan rakannya terus bertindak pantas melakukan CPR, sesuatu yang jarang dilihat dilakukan terhadap haiwan laut.
Dengan penuh berhati-hati, mereka berdua menekan perlahan di bahagian dada penyu sambil memastikan kepalanya diangkat agar air dapat keluar dari paru-paru haiwan tersebut. Selepas beberapa ketika, usaha tersebut akhirnya berhasil apabila penyu mula menunjukkan tindak balas dan kembali bernafas.
Tindakan ini menerima pujian meluas daripada netizen. Ramai memuji keprihatinannya dan pengetahuan asas pertolongan cemas yang dimanfaatkan untuk menyelamatkan nyawa seekor penyu, walaupun situasinya berlaku secara spontan. Ada juga yang menyatakan video seperti ini dapat meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan mempelajari CPR, bukan sahaja untuk manusia, tetapi juga untuk haiwan.
Ramai orang tak tahu bahawa penyu memang boleh lemas walaupun ia haiwan laut. Berikut penjelasan ringkas kenapa penyu boleh lemas;
🐢 Penyu bernafas guna paru-paru, bukan insang. Penyu bukannya ikan, ia reptilia yang bernafas guna paru-paru. Jadi, penyu perlu timbul ke permukaan air untuk sedut udara. Kalau ia tak sempat timbul, ia boleh mati lemas.
🐢 Terperangkap di jaring atau sampah. Penyu sering lemas bila terperangkap dalam jaring nelayan, pukat atau sampah plastik di laut. Bila tak dapat berenang ke permukaan untuk bernafas, ia akan kehabisan oksigen.
🐢 Cedera atau sakit. Jika penyu cedera (contohnya dilanggar bot atau terhempas ombak ke batu), ia mungkin terlalu lemah untuk berenang ke permukaan. Ini juga boleh buat ia tenggelam terlalu lama.
🐢 Penyu muda lebih berisiko kerana ia kurang kuat berenang dan lebih mudah terperangkap.
🐢 Biasanya penyu boleh tahan nafas sekitar 5–40 minit (bergantung spesies). Ada yang boleh ‘tidur’ di bawah air beberapa jam, tetapi bila stress atau cedera, masa ini jadi lebih pendek.
Selain itu, ramai netizen berharap lebih ramai yang peka dan bertindak seperti Amir sekiranya berdepan situasi serupa.
Tindakan penuh kasih sayang dan bertanggungjawab itu membuktikan bahawa setiap nyawa, termasuk haiwan liar seperti penyu, sangat berharga dan wajar diselamatkan. Video ini benar-benar menjadi inspirasi kepada orang ramai untuk lebih menghargai dan melindungi hidupan laut.
Sumber: Tiktok (@amir.fitri8)
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.