Tindakan seorang wanita yang mahu menangkap suaminya yang dipercayai curang, telah menyebabkan jalan raya menjadi sesak teruk.
Dalam kejadian berkenaan, wanita itu nekad mengejar kereta suaminya yang juga sedang dinaiki oleh seorang wanita lain.
Kejadian berlaku di Jalan Pedder, New Delhi, India menjadi tular di media sosial selepas ia dirakam oleh pengguna internet.
Berdasarkan video berkenaan, seorang wanita kelihatan memberhentikan kenderaannya ditengah jalan, sebelum bertindak memanjat sebuah kereta jenis SUV, dipercayai milik suaminya.
Wanita yang sangat marah itu juga menanggalkan selipar dan mengetuk cermin hadapan kereta berkenaan sambil menjerit-jerit.
Akibat daripada insiden itu, berlaku kesesakkan lalu lintas di Jalan Pedder, sebelum ia berjaya disuraikan tidak lama kemudian.
Sumber: Gulf News
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.