Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

THR GEGAR

Permata Pantai Timur

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

THR GEGAR

Permata Pantai Timur

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

THR GEGAR

Permata Pantai Timur

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

THR GEGAR

Permata Pantai Timur

#Trending

Lelaki lebih cenderung dapat masalah dengkur

Lelaki lebih cenderung dapat masalah dengkur
raja muhammad faiz
02 Oct 2023, 03:50 PM

lelaki lebih cenderung dapat masalah dengkur

Ramai yang menganggap berdengkur ketika tidur merupakan perkara biasa kerana badan terlalu letih, tetapi hakikatnya ia bakal mendatangkan pelbagai masalah kesihatan jika dibiarkan berterusan.

Bukan itu sahaja, berdengkur juga boleh mengganggu pasangan dan orang lain yang berada berhampiran.

Felo Kardiologi dan Pakar Perubatan Dalaman, Institut Jantung Negara, Dr. Iskandar Mirza Amran berkata, dengkur berlaku apabila bunyi yang kuat terhasil semasa udara melalui tisu-tisu di tekak, menyebabkannya bergetar semasa bernafas.

Menurutnya, hampir semua orang berdengkur sekali-sekala, tetapi ada sesetengah orang mempunyai masalah dengkur yang kronik.

 “Ini berlaku apabila otot di bahagian belakang tekak terlalu mengendur semasa bernafas.

“Semasa otot ini mengendur, saluran pernafasan mengecil dan boleh tertutup semasa bernafas,” katanya.

 “Oleh itu, segera berjumpa doktor jika berdengkur terlalu kuat yang mengganggu tidur orang lain atau pasangan dan rasa susah bernafas serta tercekik selepas bangun tidur,” katanya.

Bagi mengatasi masalah dengkur berterusan, pesakit boleh mengamalkan cara hidup sihat seperti selalu bersenam untuk menurunkan berat badan, mengurangkan pengambilan alkohol, berhenti merokok serta mengambil ubat masalah alahan atau nasal decongestant bila perlu.

lelaki lebih cenderung dapat masalah dengkur
GAMBAR menunjukkan alat mouthpiece yang diletakkan di dalam mulut bagi mengurangkan dengkur.

“Jika cara ini tidak dapat mengatasi masalah OSA, mereka perlu menggunakan alat yang membolehkan saluran pernafasan terbuka semasa tidur seperti positive airway pressure (CPAP) dan mouthpiece

“Alat CPAP dan mouthpiece akan memberi tekanan udara melalui hidung dan membuatkan salur pernafasan sentiasa terbuka semasa tidur,” 

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}
Ads With Us Ads With Us Ads With Us