Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

THR GEGAR

Permata Pantai Timur

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

THR GEGAR

Permata Pantai Timur

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

THR GEGAR

Permata Pantai Timur

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

THR GEGAR

Permata Pantai Timur

#Trending

“Kau Kutip Balik…” - Lelaki Naik Hantu Ada Pihak Selamba Buang Sampah Dalam Sungai

ROSTAM, Mohamad Firdaus
09 May 2025, 10:59 AM

“kau kutip balik…” - lelaki naik hantu ada pihak selamba buang sampah dalam sungaiFoto: Tangkapan layar TikTok

Tindakan tidak bertanggungjawab sekumpulan individu yang membuang sampah ke dalam sungai di Taman Sri Plentong, Masai, Johor, telah mencetuskan kemarahan seorang lelaki yang dikenali sebagai Liff.

Kejadian tersebut dirakam melalui kamera dashcam dan dimuat naik ke laman TikTok (@4iliff_), memperlihatkan seorang lelaki berdiri di atas jambatan sambil membuang sampah ke dalam sungai dengan selamba.

Dalam video tersebut, kelihatan beberapa individu lain sedang mengosongkan lori yang dipenuhi dengan sampah, dipercayai telah dirancang untuk dibuang di kawasan tersebut.

Melihat insiden itu, Liff segera memberhentikan kenderaannya dan menegur mereka dengan nada tegas, menuntut agar sampah yang dibuang dikutip semula.

“Woi senang kau je buang sini! Kepala otak kau buang situ. Asal kau buang sini? Kau angkat balik sampah kau.

“Asal kau bawa sini? Plastik hitam yang kau buang situ, kau angkat balik sebelum aku panggil polis. Patutlah banyak sampah dekat tepi tu, korang yang buang!” tempik Liff kepada lelaki berkenaan.

 

@4iliff_ KEPADA PIHAK BERWAJIB TOLONG AMBIL TINDAKKAN . MAKIN HARI MAKIN BERTIMBUN SAMPAH DI BUANG. KALAU GAGAL AMBIL TINDAKKAN MAKA BERTERUSAN SAMPAH AKAN DIBUANG @MAJLIS BANDARAYA PASIR GUDANG @majlisbandarayajohorbahru @Onn Hafiz Kejadian di TAMAN SRI PLENTONG , MASAI . 7/5/2025 6:30pm #mbjb #mbpg #sungaitercemar #sayangisungaikita #KitaJagaKita #johorbersih ♬ original sound - 4iliff

 

Liff turut menyeru pihak berkuasa tempatan, khususnya Majlis Bandaraya Pasir Gudang, untuk mengambil tindakan tegas terhadap individu yang mencemarkan sungai tersebut.

Dalam pada itu, beliau menekankan bahawa jika tiada tindakan diambil, perbuatan membuang sampah secara haram akan terus berleluasa.

“Kepada pihak berwajib tolong ambil tindakan. Makin hari makin bertimbun sampah dibuang. Kalau gagal ambil tindakan, maka berterusanlah sampah akan dibuang,” kata Liff di ruangan kapsyen.

Video tersebut telah menarik perhatian ramai netizen yang mengecam tindakan tidak bertanggungjawab itu dan memuji keberanian Liff dalam menegur perbuatan tersebut.

Ramai yang berharap agar lebih ramai individu berani menegur dan melaporkan perbuatan mencemarkan alam sekitar demi menjaga kebersihan dan kelestarian alam.

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}
Ads With Us Ads With Us Ads With Us