Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

THR GEGAR

Permata Pantai Timur

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

THR GEGAR

Permata Pantai Timur

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

THR GEGAR

Permata Pantai Timur

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

THR GEGAR

Permata Pantai Timur

#Trending

[Video] Lelaki OKU Penglihatan Cetus Inspirasi Ramai, Nikmati Alam Dengan Cara Tersendiri

ROSTAM, Mohamad Firdaus
10 Jun 2025, 11:03 AM

[video] lelaki oku penglihatan cetus inspirasi ramai, nikmati alam dengan cara tersendiriFoto: Tangkapan skrin layar TikTok

Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) penglihatan telah mencuri perhatian ramai apabila tular satu video memaparkan cara unik beliau menikmati keindahan alam sekitar. Meskipun tidak dapat melihat, Razlan tetap mensyukuri setiap detik dalam hidupnya dan mempunyai cara tersendiri untuk “melihat” dunia.

Dalam video yang dimuat naik isterinya, Nadia di TikTok, Razlan dilihat menikmati perjalanan menaiki kereta api dengan penuh rasa syukur.

Dalam kapsyen video tersebut, beliau menulis betapa bangganya dengan suaminya yang begitu bersemangat dan tabah menghadapi cabaran hidup.

“Saya edit video ini dengan perasaan sebak yang bangga… Dia sangat berdikari orangnya… Itinerary kami di Thailand, suami yang research dan rancang. Saya follow aja… Thanks for everything sayang,” tulisnya.

 

@mrranggapnnadia Saya edit video ini dengan perasaan sebak yang bangga 🥹🥹 Dia sangat berdikari orangnya. Explore dengan cara sendiri. Itinerary kami di Thailand, suami yang research dan rancang. Saya follow aja🥹 Thanks for everything sayang🌹 #mrranggapnnadia #raiseawarenessfortheblind #explorethailand #relationshipgoals #okupenglihatan ♬ original sound - Fadhilah Intan

 

Beliau tidak hanya menghayati alam dengan deria penglihatan, tetapi menggantikan kekurangan itu dengan mendengar bunyi sekeliling, merasai tiupan angin dan getaran dari pergerakan tren.

Nadia berkongsi bahawa suaminya menggunakan aplikasi “Be My Eyes” untuk mendapatkan bantuan sukarelawan yang menerangkan suasana sekitar secara audio, membolehkan beliau membayangkan apa yang berlaku di sekelilingnya.

Menariknya, percutian mereka ke Thailand yang dirakam dalam video itu juga dirancang sepenuhnya oleh Razlan sejak mereka berkahwin pada 2021. Nadia menyatakan rasa kagum terhadap kecekalan dan sifat berdikari suaminya yang tidak pernah membiarkan kekurangan diri menghalangnya untuk meneroka dunia.

Video tersebut meraih lebih 300,000 tontonan dan mendapat pelbagai reaksi positif daripada netizen. Ramai meluahkan rasa kagum dan terharu, serta mendoakan kesejahteraan pasangan ini. Ada yang menyatakan mereka lebih menghargai hidup selepas menonton video itu dan menjadikan kisah Razlan sebagai inspirasi untuk terus bersyukur dan tidak berputus asa.

Aplikasi “Be My Eyes” yang digunakan Razlan merupakan platform percuma yang menghubungkan OKU penglihatan dengan sukarelawan untuk membantu mereka secara visual melalui audio, dan boleh dimuat turun di telefon pintar.

Kisah Razlan membuktikan bahawa kekurangan bukanlah halangan untuk menikmati keindahan hidup, malah mampu menyentuh hati ramai dengan semangat dan ketabahannya.

Sumber: TikTok

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}
Ads With Us Ads With Us Ads With Us