Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

GEGAR

Permata Pantai Timur

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

GEGAR

Permata Pantai Timur

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

GEGAR

Permata Pantai Timur

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

GEGAR

Permata Pantai Timur

#Trending

Mulai 15 Jun, Lepasan SPM 2020 Boleh Kemaskini UPUOnline

Fasa Pengemaskinian UPUOnline akan dibuka tak lama lagi. Lepasan SPM dah bersedia?
nura
10 Jun 2021, 03:31 PM

Selaras dengan pengumuman keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) hari ini, Fasa Pengemaskinian UPUOnline akan dibuka selama tujuh hari bermula 15 Jun ini pada 12 tengah hari dan akan ditutup pada pukul 5 petang 21 Jun.

mulai 15 jun, lepasan spm 2020 boleh kemaskini upuonline

Dalam satu kenyataan, Kementerian Pengajian Tinggi sedia maklum, pemohon boleh mengemas kini semua pilihan program pengajian berdasarkan keputusan SPM 2020 kecuali program pengajian yang telah dipanggil temu duga, ujian atau kedua-duanya.

"Hebahan keputusan permohonan UPUOnline lepasan SPM Sesi Akademik 2021/2022 dijangka dibuat pada minggu ketiga Julai 2021," memetik kenyataan itu.

Serentak dengan pembukaan Fasa Pengemaskinian UPUOnline bagi pemohon lepasan SPM Sesi Akademik 2021/2022, KPT juga akan melaksanakan program Jom Masuk IPT Virtual 2021 (JMIPT Virtual 2021) dengan kerjasama rakan strategik Universiti Malaya (UM).

"Ia bagi memastikan penyampaian maklumat berkaitan akses pendidikan tinggi tidak terjejas ketika negara sedang mendepani cabaran pendemik COVID-19.

"JMIPT Virtual 2021 melibatkan penyertaan semua Universiti Awam (UA); Politeknik; Kolej Komuniti; Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA); Agensi Kelayakan Malaysia (MQA); Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN); dan Bahagian Biasiswa, KPT," katanya.

JMIPT Virtual 2021 menyediakan 29 slot webinar, sesi ‘live chat’ dan konsultasi secara berkelompok dan individu oleh pempamer secara virtual.

KPT turut mengekalkan jaringan komunikasi sedia ada iaitu talian hotline, sistem maklum balas dan emel rasmi sepanjang program berlangsung.

Sumber: Awani

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}