
Oleh Feyra Nasrom Sumber abangterlajaklaris
Tahukah anda kenapa orang yang mempunyai lesung pipit ini dikatakan sangat manis dan menarik ketika senyum? Ini 5 perkara yang korang kena tahu :
1)Lesung pipit yang ada dikatakan merupakan kecacatan pada otot wajah yang amat dicemburui orang ramai. Menurut sumber, The Daily Health Gen , peratus sebanyak 20% manusia di dunia ini memiliki lesung pipit di pipi.
2)Tahukah anda, lesung pipit akan menambahkan lagi daya penarik seseorang dan kajian ini disahkan sendiri oleh American Journal of Physical Anthropology.
3) Ya, orang yang ada lesung pipit ni akan nampak sangat “Baby Face” dan ia akan membuatkan seseorang kelihatan muda walaupun sudah berusia.
4) Selain itu, orang sekeliling juga turut akan terpengaruh dengan aura keceriaan yang ada pada korang yang ada lesung pipit ini,
5)Tahukah anda, seramai 60% bintang Hollywood mempunyai lesung pipit, malah mereka yang tiada lesung pipit sanggup membuat pembedahan untuk mendapakatkan lekukan ini di pipi.
Tidak semua manusia akan memiliki lesung pipit kerana kejadian lekuk ini diwarisi oleh genetik.
Jadi, tidak semestinya korang boleh memiliki lesung pipit seumur hidup. Selain dari pertambahan berat badan, proses penuaan juga akan menyebabkan lesung pipit korang kurang kelihatan.
*Layan THR Gegar menerusi dengargegar.thr.fm
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.