Oleh Feyra Nasrom Sumber abangterlajaklaris
Nak beza Limau kasturi dengan Limau Nipis senang je. Limau nipis bentuknya lebih besar dari limau kasturi. Limau kasturi pula bentuknya kecil dan warna isinya lebih kuning. Tahu tak limau kasturi sebenarnya banyak khasiat yang korang tak tahu. Jom baca apa 7 khasiat itu:
1)Batuk
Korang ambil limau kicap dan garam dan pastikan minum setiap pagi dan malam secara teratur. Insyaallah, batuk akan pulih.
2)Demam
korang ambil 2-4 genggam daun limau kasturi dan rebus hingga 2-4 gelas air. Ambil air rebusan itu untuk tuam pesakit yang demam. Korang basahkan tuala kecil dengan air rebusan itu dan letak pada dahi pesakit.
3)Pening Kepala
Ambil 1 biji limau kasturi dan potong dibahagian atasnya. Korang picit kulit limau hingga cecair keluar dan pastikan cecair itu dihala ke arah hidung.
4) Lelah
Korang ambil sesudu madu dan campur dengan 5 titik jus limau kasturi. Kemudian minum campuran madu dan jus limau kasturi tadi.
5) Kegemukan
Korang perah limau kasturi dalam teh yang tiada gula dan minum setiap hari. Kalau nak kesan lebih cepat, teh berkenaan biarlah panas. Kesan akan lebih cepat. Korang amalkan cara ini untuk pastikan perut tak buncit dan kempis semula.
6)Kepala berbau
Hiris beberapa limau kasturi dan gosok seluruh kepala. Biar beberapa minit dan cuci hingga bersih. Rambut akan wangi tau!
*Layan THR Gegar menerusi dengargegar.thr.fm
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.