Masalah kelaparan di kawasan-kawasan yang sukar mendapat bekalan makanan berkhasiat mungkin akan diatasi apabila sekumpulan saintis berjaya menghasilkan makanan yang tinggi zat protein ini.
Makanan tinggi zat protein yang berasaskan lipas jenis Nauphoeta cinerea telah dihasilkan oleh kumpulan penyelidik daripada Federal Universiti of Rio Grande.
Baka lipas ini bukanlah lipas biasa kerana ia hanya makan buah-buahan dan sayur-sayuran.
Salah seorang ahli penyelidik berkenaan, Myrian Melado memberitahu bahawa lipas berkenaan mempunyai rasa seperti kacang.
Selain mampu menyelesaikan masalah kebuluran penduduk dunia, lipas berkenaan juga mampu menyelamatkan bumi daripada pemanasan global. Penyelidikan berkenaan juga mendapat perhatian daripada UN’s Food and Agricultural Organization (FAO).
Sumber: Elite Readers
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.