Kredit gambar utama: Pexels
Siapa yang tidak suka penampilan sentiasa dalam keadaan tip top daripada pagi hingga ke malam? Tetapi bila memikirkan perlu touch up dengan kerap terutamanya lipstik, arghhh... malasnya! Pernah tak anda terfikir jika lipstik yang dipakai boleh bertahan sepanjang hari tanpa perlu ditouch up? Nak tahu macam mana? Ni kami tunjukkan caranya.
#1 Lakukan proses pengelupasan sel kulit mati (exfoliating) terlebih dahulu di kawasan bibir sebelum anda mengoles lip balm dan lipstik. Warna lipstik melekat lebih lama jika dioles di atas bibir rata. Proses ini boleh dilakukan dengan menggunakan berus gigi lembut atau scrub bibir.
Kredit: Pexels
#2 Sebelum oleskan lipstik, sapukan primer bibir terlebih dahulu. Kebanyakan primer mengandungi bahan pelembap, jadi anda tidak perlu letakkan lip balm.
#3 Tiada primer bibir? Anda boleh gantikan dengan menyapu bedak asas atau concealer pada bibir sebelum oles lipstik bagi memastikan bibir benar-benar kering dan bebas minyak.
#4 Atau, anda boleh memakai lipstik dan buang lebihan minyak dengan cara mengetap tisu di bibir, setelah itu oleskan lipstik sekali lagi di bibir.
Kredit: What When Wear
#5 Anda boleh juga lakukan trick ini. Oleskan lipstik pada bibir dan letakkan sekeping tisu di bibir. Kemudian, oleskan loose powder pada berus mekap dan pedapkannya pada bibir. Dengan cara ini, bibir anda lebih kering dan bebas minyak.
Kredit: What When Wear
#6 Paling mudah jadikan Tati Matte Lipstick teman baik anda.
Lipstik jenis matte keluaran Tati mengandungi sedikit minyak dan pelembap, menjadikannya tahan lebih lama. Ada banyak variasi warna menarik untuk dipilih yang sesuai dengan pelbagai tona kulit. Tati Matte Lipstick membuatkan anda tampil yakin sepanjang hari. Tati Kosmetik. Dari TATI Turunnnn Ke Hati...
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.