Sejauh manakah populariti anda di laman sosial, khasnya Instagram? Jika anda cukup popular, restoran ini amat sesuai untuk anda!
Terletak di Porta Venezia di Milan, restoran yang menyediakan makan Jepun seperti sushi dan sashimi ini membenarkan anda untuk membayar makanan menggunakan followers di Instagram.
“Semakin ramai followers anda, semakin sedikit harga makanan yang perlu anda bayar” – itu yang dipraktikkan di restoran ini.
Menurut Metro, pelanggan dengan 1000 hingga 5000 pengikut akan dapat 1 pinggan makanan percuma, 5000 hingga 10,000 akan dapat 2 pinggan percuma, 10,000 hingga 50,000 akan dapat 4 pinggan percuma, manakala 8 pinggan percuma untuk 50,000 hingga 100,000 pengikut.
Menariknya jika anda mempunyai lebih daripada 100,000 pengikut, anda boleh makan apa sahaja secara percuma.
Syaratnya anda perlu memuatnaik gambar makanan direstoran ini terlebih dahulu dengan hashtag #thisisnotasushibar.
So followers korang berapa?
Followers saya di Instagram ada...
Sumber: Metro
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.