Kerana keunikannya, Masjid Lapan Kubah di Kampung Lapan Kotak, Jerteh mendapat jolokan Masjid Russia.
Masjid yang didirikan di kawasan sawah padi di tengah-tengah kampung ini mempunyai seni bina seakan-akan St Basil Cathedral di Moscow, Rusia.
Masjid yang mempunyai kombinasi warna kubah berwarna warni, menelan belanja RM4juta hasil derma orang ramai ini baru sahaja mula digunakan pada Aidilfitri tahun lalu bagi menggantikan masjid kayu usang yang berusia lebih 100 tahun.
Kredit: Bernama
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.