Sebuah masjid di negeri Kelantan menjadi yang pertama di Malaysia lengkap dengan kemudahan gimnasium!
Masjid Mukim Sri Aman di Pasir Puteh melakar sejarah baru memiliki kemudahan gimnasium, dengan tujuan ia dibina untuk memupuk gaya hidup sihat dalam kalangan ahli kariah.
Menurut Pengerusinya, Ab Razak Mat Saad, apabila tubuh sihat, ia sekaligus meningkatkan tahap kecergasan individu untuk beribadah.
"Bila tubuh sihat dan cergas, dapatlah kita beribadah kepada ALLAH sebaik mungkin. Ini merupakan salah satu usaha yang kami lakukan dalam mempelbagaikan peranan masjid supaya tidak tertumpu kepada ibadah semata-mata," katanya.
Kemudahan gimnasium dengan kos pembinaan RM17,000 yang lengkap dengan jurulatih itu diharap dapat memberi manfaat kepada 1,000 ahli kariah dalam mengamalkan gaya hidup sihat.
Tambahnya lagi, setiap kali azan berkumandang, perkhidmatan gimnasium akan dihentikan sementara waktu bagi solat berjemaah.
Sumber: Sinar Harian
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.