Ada meja lama yang tak guna dah? Jangan buang! Anda boleh ubah suai meja itu jadikan katil!
Ya! Sesiapa yang bakal menimang cahaya mata dan perlukan ruang lebih besar, boleh la ikut cara ubai suai yang dilakukan oleh Mohammad Dzulsyafiq.
Hasilnya memang cantik!
Meja jepun ni wife dah tak nak. Dia suruh jual. Tapi nak jual pun berapa je boleh dapat. Tapi dalam masa yg sama dia suruh extend katil sebab tak lama lagi bakal dapat anak yang baru.
Jadi kita convert meja ni jadi platform katil single. Sebelah tu katil king. Mula-mula cabut atas dia dulu dan letak rangka dia ni sebelah katil. Nak tengok apa yang kena ubah.
Dah ambil ukuran semua. Saya extendkan panjang katil lebih kurang dan tambah sikit support di bahagian mana yang perlu.
Bahagian atas asal meja tu saya potong dan letak balik renggang-renggang supaya boleh tutup panjang katil ni.
Kemudian letak tilam single. Semua nampak ngam.
Last sekali, wife cakap nak nampak seragam. Jadi saya ambil plywood dan tampal dekat kaki katil tu. Kemudian saya lekatkan laminate putih (kebetulan ada sebab beli konon-konon nak belajar laminate kayu tapi tak sentuh-sentuh). Maka siaplah, dan ready untuk kedatangan ahli keluarga yang baru.
Wah! Memang kreatif! Jadi siapa yang nak buat katil untuk anak-anak boleh cuba cara ini!
Selamat mencuba!
Sumber: Mohammad Dzulsyafiq
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.