Kredit gambar utama: Pexels
Scaling adalah rawatan terbaik untuk merawat karang gigi. Kita disarankan untuk dapatkan pemeriksaan gigi setiap 6 bulan. Namun begitu, ada beberapa mitos tentang cuci gigi yang kita tidak patut percaya dan ini antaranya.

#1 Scaling menyebabkan gigi jarang?
Scaling TIDAK menjadikan gigi kita jarang. Sebaliknya ruang yang tinggal adalah disebabkan kita telah menyingkirkan karang gigi. Ruang ini akan tertutup setelah gusi sembuh dan dijaga dengan baik.
#2 Scaling menjadikan gigi nipis?
Scaling berfungsi secara getaran, bukan menghakis. Mata scaling juga digunakan ke atas karang gigi, bukannya gigi. Mekanisme ini TIDAK menghakis permukaan gigi dan menjadikan gigi nipis.
#3 Scaling menjadikan gigi sensitif...
Apabila banyak sangat karang gigi, gusi semakin susut. Ini menyebabkan permukaan akar gigi TERDEDAH & gigi menjadi sensitif. Jadi, perlulalh scaling untuk singkirkan karang gigi & memulihkan gusi supaya tidak rasa sensitif
#4 Scaling menyebabkan gigi goyang?
Sebenarnya sokongan kepada gigi oleh gusi telah BERKURANGAN apabila terbentuknya karang gigi yang tebal. Gusi semakin lama semakin menyusut jika karang gigi tidak dibuang. Akhirnya gigi bergoyang.
#5 Scaling untuk putihkan gigi
Untuk putihkan gigi, namanya whitening. Scaling boleh dilakukan untuk menghilangkan stain tetapi bukan untuk putihkan gigi. Walau bagaimanapun, menghilangkan stain bukanlah tujuan utama scaling.
#6 Sudah berus gigi 2 kali sehari, tidak perlu scaling?
Pernyataan ini lagi Ini kurang tepat. Walaupun sudah gosok gigi 2 kali sehari, masih belum benar-benar bersih. Yang penting, perlu periksa gigi dulu, kemudian baru doktor boleh menilai dan memberi cadangan untuk kita membuat scaling atau tidak.
Kredit: Twitter: @Iqbal Rosali.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.