Kebiasaannya mereka yang bertubuh besar enggan mengambil gambar kerana tidak yakin dengan diri sendiri.
Namun, salah seorang yang telah berjaya menguruskan berat badan, Zulaikha Fallen berkata kerapkan mengambil gambar untuk memberi motivasi dan lihat perkembangan diri.
“Silap saya dulu, saya jarang ambil gambar atau bergambar. Semua itu atas sebab low esteem. Jadi, rasa rugi pula saya tak banyak gambar progress dari satu tahap ke satu tahap.’ Tulisnya di dalam akaun facebook.
Jadi, selepas ini kepada sesiapa yang nak kurus tu, ambillah gambar banyak-banyak supaya anda dapat lihat perubahan diri and dan seterusnya menjadi motivasi kepada anda.
Cerita beliau tular pada tahun 2017 namun kisah dan motivasi ini wajar diketahui oleh semua orang.
Sumber: Minggu Wanita
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.