
Foto: Instagram
Pelakon, Nadhir Nasar mengakui dirinya masih mencari pasangan hidup dan tidak menafikan mengimpikan wanita dari Kelantan sebagai suri hatinya.
Menurut pelakon drama High Council ini, personalitinya cukup dekat dengan gadis Cik Siti Wan Kembang.
Menerusi sebuah temubual, Nadhir turut berkongsi mengenai perkara itu sebagai mengulas sepotong videonya yang spontan bercakap mengenai soal jodoh di aplikasi TikTok yang tular, baru-baru ini.
“Saya masih mencari wanita dari negeri Kelantan memandangkan saya bakal menjengah usia 30 tahun pada tahun depan.
“Entahlah saya rasa wanita Kelantan ini ada satu aura yang sangat dekat dengan personaliti saya. Antara perkara yang buat saya minat wanita dari Kelantan ini kerana mereka pandai memasak.
“Saya tidak mengenali mana-mana wanita Kelantan sekarang ini. Saya ada ramai kenalan yang berasal dari negeri itu, cuma seseorang yang membesar di Perak, saya nampak perbezaan di antara dua negeri ini dan ia agak menyeronokkan.
“Saya mencari wanita dari Kelantan ini disebabkan saya ini penggemar budu,” ujarnya ketika ditemui.

Foto: Instagram
Dalam pada itu, dia turut mengulas mengenai spekulasi bahawa dia sudah mempunyai teman istimewa, seperti yang diperkatakan oleh netizen di media sosial.
Menurutnya, dia sedar ramai yang membuat andaian mengenai hubungan peribadinya dan secara jujur, dia tidak mempunyai masalah dengan perkara itu. Namun, dia menegaskan bahawa privasi tetap menjadi keutamaannya.
“Kadang-kadang spekulasi yang timbul tidak benar dan boleh menjejaskan kedua-dua pihak. Tetapi bagi saya, khabar angin itu tidak betul,”kata Nadhir.
Sumber: Media Hiburan
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.