Kredit gambar utama: Pexels
Ada orang bela kucing untuk mengelakkan tikus berkeliaran di rumah, ada juga yang bela sebagai peneman dan penghibur hati. Siapa yang tak geram dengan keletah manja kucing, kan? Selain dimandikan, diberi makanan berkhasiat dan dibawa untuk pemeriksaan kesihatan, korang kena pastikan bekas najis kucing dan kawasan persekitaran rumah sentiasa bersih.
Menurut perkongsian Dr. Suriyakhatun di laman facebook beliau, najis kucing boleh menyebarkan sejenis parasit, Toxoplasma gondi. Parasit ini boleh menyebabkan demam bengkak kelenjar dan jika sistem imun lemah boleh menjangkiti otak. Toxoplasmosis ini boleh menjangkiti bayi dalam kandungan dan menyebabkan microcephaly serta terencat otak bayi.
Namun post itu bukan menyekat minat korang pada kucing. Cuma perlu berhati-hati. Antara cara yang boleh dilakukan termasuklah memakai sarung tangan ketika mencuci najis kucing dan basuh kawasan najis dengan antiseptic seperti Chlorox untuk matikan parasit. Jika berjalan di luar rumah hati-hati dengan tempat yang banyak najis kucing.
Ramai yang memberi komen pada posting berkenaan, salah satu daripadanya yang ditulis Ainul Shazreen Abdul Aziz, “kucing yg dijangkiti Toxoplasma akan menyebarkan parasit tersebut di dalam najis selama 2 minggu sahaja kerana ia akan bina antibodi terhadap parasit tersebut. kucing adalah host terakhir bg Toxoplasma. sekiranya kucing anda adalah kucing indoor,x pernah keluar langsung dari rumah seumur hidupnya, xperlu risau. Risiko utk kucing indoor ada Toxoplasma adalah sangat rendah. tapi apa2 pun jagalah kebersihan selepas mengendalikan kucing peliharaan anda”. Jika kucing indoor tetapi di dalam rumah ada kucing lain yang keluar masuk rumah dan berkongsi litter box yg sama maka risiko jangkitan adalah sama seperti kucing yang berada di luar.
Jadi, jaga kucing tak salah. Selamatkan kucing liar pun tak salah asalkan kita jaga kebersihan dan pastikan kucing itu bebas penyakit. Jika perlu, dapatkan konsultasi vet, ya.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.