Kredit gambar utama: Shutterstock
“Sambung belajar di mana nanti?”... Soalan tu la paling sukar dijawab adik-adik yang baru tamat SPM. Orang bekerja pun tak terkecuali ya. “Tak nak sambung belajar ke? Sampai bila nak berada ditakuk yang sama?”. Nak sambung belajar ni tak boleh diambil mudah. Keputusan hari ni yang boleh mempengaruhi masa depan anda.
Jika anda masih tercari-cari kolej atau universiti untuk sambung pelajaran, pertimbangkan 5 soalan ini sebelum anda membuat keputusan.
#1 Diperakui
Adakah kolej atau universiti yang dipilih itu berdaftar dengan Kementerian Pengajian Tinggi dan mendapat Perakuan Akreditasi dari Malaysian Qualifications Agency (MQA)?
#2 Kursus apa yang ditawarkan?
Dan adakah anda minat dan layak memohon kursus itu? Jika anda minat bidang kemahiran, pilihlah kursus yang melibatkan kemahiran. Jangan memilih sesuatu kursus kerana terikut-ikut kawan.
#3 Prestasi akademik kolej yang dipilih
Jangan juga terlalu mudah percaya kepada rumour., Bertanyalah kepada mereka yang lebih tahu seperti bekas pelajar atau staf di sana.
#4 Bagaimana dengan yuran pengajian dan kemudahan pinjaman?
Belajar bukan sehari dua, yuran juga bukan hanya sekali bayar. Penting untuk anda dapatkan kemudahan pinjaman agar anda boleh fokus kepada pelajaran.
#5 Kemudahan lain?
Kemudahan lain termasuk asrama, peralatan rekreasi, perpustakaan, dewan kuliah, Kafe dan sebagainya.
Jika anda sedang mencari-cari tempat untuk sambung belajar, anda boleh memilih Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS). KUIS bukan sahaja berdaftar dengan Kementerian Pengajian Tinggi dan mendapat Perakuan Akreditasi dari MQA, tetapi kolej ini turut menyediakan kemudahan asrama dalam kampus.

Anda tidak perlu risau tentang yuran pengajian kerana di KUIS, anda boleh mendapatkan kemudahan pinjaman dan tajaan daripada Kerajaan Negeri Selangor, Utusan Karya Sdn. Bhd, Dermasiswa Tahfiz, Lembaga Zakat Selangor, Tajaan Khas KUIS, Yayasan Bank Rakyat, Karangkraf dan Skim Zamalah.
Sesuai dengan tagline KUIS “Di sini lahirnya Daí, Ulama dan Umara’”, KUIS menawarkan pelbagai kursus terbaik yang boleh anda pilih untuk program asasi, diploma, ijazah sarjana muda, ijazah sarjana dan ijazah doktor falsafah.

Ayuh beramai-ramai hadir ke pendaftaran pelajar baharu Sesi 2018/2019 pada 24 Jun di Pusat Konvensyen KUIS. Calon yang tidak sempat membuat permohonan atau belum mendapat surat tawaran juga digalakkan hadir untuk terus memohon secara walk-in pada tarikh tersebut. Layari laman web KUIS di www.kuis.edu.my/ dan WhatsApp 019 389 6937 untuk info lanjut.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.