Kredit gambar utama: Shutterstock
Siapa yang tidak teruja menanti hujung minggu? Inilah masanya untuk diluangkan bersama keluarga, bertukar cerita dan melakukan berbagai perkara bersama-sama.
Usah jadikan cuti hujung minggu untuk bermalas-malasan, berguling di atas katil atau sekadar menghabiskan masa di hadapan TV. Banyak aktiviti santai yang mengeluarkan peluh boleh dilakukan dan pada masa sama dapat mengeratkan hubungan sesama ahli keluarga dan rakan baik.
1. Mendaki
Kredit: Shutterstock
Tidak perlu mendaki gunung, cukup sekadar aktiviti santai di bukit landai yang tidak sukar pun untuk ditawan. Banyak bukit yang boleh kita pergi, boleh bawa anak-anak sekali. Bukit Broga misalnya, ibarat pesta pada waktu pagi hujung minggu tanpa mengira usia dan jantina. Banyak lagi bukit yang boleh dicuba untuk mereka yang baru berjinak-jinak dengan aktiviti ini seperti Bukit Saga, Bukit Tabur dan Bukit Gasing.
2. Berkhemah
Kredit: Pexels
Kebiasaannya tapak perkemahan terletak di dalam hutan, tidak jauh daripada air terjun. Untuk permulaan, bawa keluarga ke kawasan yang selamat. Jika anda berada di sekitar Kuala Lumpur, bolehlah berkhemah di kawasan air terjun Kanching yang terletak di antara Selayang dan Rawang atau anda boleh memilih air terjun Sungai Sendat untuk aktiviti perkhemahan lebih selamat tanpa haiwan seperti kera.
3. Menari
Aktiviti ini tidak perlukan anda untuk mendaftar di mana-mana kelas. Anda boleh lakukan di rumah sambil-sambil mengemas rumah. Banyak video senaman dengan cara menari boleh dijadikan rujukan seperti zumba dan tabata.
4. Berenang
Kredit: Perbadanan Putrajaya
Banyak lokasi yang boleh dituju untuk melakukan aktiviti ini. Jika anda tinggal di kondominium, bukanlah masalah kerana kolam renang telah tersedia. Jika tidak ada banyak lokasi lain yang boleh anda pergi seperti kolam renang HUKM dan kolam renang UM, atau paling tidak pun boleh la ke kolam renang di Putrajaya. Ada lima kolam renang, ada yang berbayar ada pula percuma, ada yang diasingkan lelaki perempuan dan tak kurang juga kolam renang bertutup.
5. Berbasikal
Kredit: Pexels
Anda boleh memilih untuk membawa basikal sendiri ke taman-taman riadah yang disediakan seperti di Taman Tasik Titiwangsa, Taman Sauana Hijau Putrajaya dan Taman Kepong Metropolitan. Banyak taman menyediakan perkhidmatan menyewa basikal seperti di Taman Botani Putrajaya, Taman Botani Shah Alam dan Taman Botani Perdana Kuala Lumpur.
6. Berlari
Kredit: Pexels
Jika anda kurang gemar berbasikal, boleh juga bawa keluarga berjoging di sekitar taman sambil menikmati keindahan alam. Anda juga boleh mendaftar mana-mana maraton, ada yang diadakan sebagai acara tahunan cukup meriah seperti KL Marathon, Colour Run, Music Run dan Night Marathon.
Anda juga boleh sertai Larian Cabaran Pelampung Gergasi dan Zumba di #Hari100PLUS Aktifkan Malaysiaku yang menemui anda di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Terengganu pada 18 November, Amanjaya Mall, Sungai Petani, Kedah pada 25 November dan KL Sports City, Bukit Jalil pada 3 Disember ini.
Bukan itu sahaja, selain rasai kehebatan acara di Kuala Terengganu dan Sungai Petani, anda boleh menyertai uji bakat untuk menyertai pasukan selebriti dan duta 100PLUS seperti Mira Filzah, Hairul Azreen, Janna Nick dan Raja Pecut Negara, Khairul Hafiz Jantan. Saksikan juga kehangatan acara kemuncak di Bukit Jalil bagi mencari pasukan selebriti yang berjaya bergelar Wira 100PLUS!
Ayuh kekal segar and hidrat semula! Layari www.100plus.com.my untuk maklumat lanjut.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.