Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

THR GEGAR

Permata Pantai Timur

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

THR GEGAR

Permata Pantai Timur

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

THR GEGAR

Permata Pantai Timur

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

THR GEGAR

Permata Pantai Timur

#Trending

Nama Pensyarah UMT Diabadikan Pada Spesies Parasit Ikan Baharu, Thelohanellus Borkhanuddini Raih Pengiktirafan Global

ROSTAM, Mohamad Firdaus
27 Feb 2026, 09:14 AM

nama pensyarah umt diabadikan pada spesies parasit ikan baharu, thelohanellus borkhanuddini raih pengiktirafan globalFoto: Astro AWANI, National Geographic Hungary

Seorang pensyarah Universiti Malaysia Terengganu mencipta satu lagi kejayaan apabila namanya digunakan bagi menamakan spesies baharu parasit ikan yang ditemui dalam kajian terkini bidang sains marin.

Spesies tersebut diberi nama Thelohanellus Borkhanuddini sebagai tanda penghargaan kepada Prof Madya Dr Hafiz Borkhanuddin yang kini mengetuai Pusat Rujukan dan Repositori Laut China Selatan di Institut Oseanografi dan Sekitaran.

Beliau juga merupakan bekas Ketua Program Biologi Marin universiti berkenaan.

Kajian yang membawa kepada penemuan itu diterbitkan dalam jurnal Aquaculture Reports, sekali gus meletakkan penyelidikan institusi tersebut di pentas antarabangsa.

Penyelidikan berkenaan diketuai oleh alumni UMT, Nadhirah Syafiqah Suhaimi yang sedang mengikuti pengajian doktor falsafah di Hungary.

Malah, penemuan spesies baharu itu turut mendapat perhatian media luar negara termasuk National Geographic Hungary.

Mengulas tentang pengiktirafan tersebut, beliau menyifatkannya sebagai pengalaman yang cukup bermakna dalam kerjaya akademiknya.

“Terdapat detik detik dalam dunia akademik yang amat menyentuh perasaan secara tenang. Inilah salah satu daripadanya.

“Saya tidak melihat pencapaian ini sebagai satu penghormatan peribadi semata mata, sebaliknya sebagai cerminan kepada kolaborasi dan kecekalan yang berterusan.

“Dalam bidang taksonomi, setiap nama akan kekal abadi. Nama nama tersebut menjadi sebahagian daripada rekod saintifik dan kadangkala, jika anda bertuah, perjalanan hidup anda juga akan turut terpahat dalam rekod tersebut.

“Sains berkembang maju menerusi bimbingan, perkongsian dan sifat ingin tahu bersama, jarang sekali ia membuahkan hasil melalui usaha individu secara sendirian,” katanya menerusi satu hantaran di LinkedIn.

Sumber: Astro AWANI

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}
Ads With Us Ads With Us Ads With Us