Semalam, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengeluarkan kenyataan bahawa negara akan memasuki fasa endemik COVID-19 bermula bulan depan.
Perkara ini hanya akan terjadi sekiranya 80 peratus penduduk dewasa lengkap divaksin.
Bunyinya seakan-akan pengakhiran buat kita semua yang rata-rata sudah muak dengan norma baharu yang terlalu banyak kekangan. Tapi benarkan ia akan berakhir atau ini adalah permulaan hidup bebas dalam norma baharu?
Kenali apa yang dimaksudkan dengan endemik melalui postingan yang dibuat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
Kesimpulannya, rakyat wajib kekal patuh pada SOP yang ditetapkan. Tetap perlu keluar dengan memakai face mask, menjaga jarak dan menjaga kebersihan diri. Jangan lupa sanitizer, tu dah jadi perkara wajib ya!
Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.