Ramai antara kita yang sedang berusaha menurunkan berat badan, namun masih tidak menemui jalan keluar.
Pelbagai usaha telah dilakukan seperti bersenam, kawal makan dan lain-lain, namun semua itu bagaikan tidak memberi kesan. Antara penyelesaian yang boleh diambil adalah pembedahan ikat perut.
Dikenali sebagai 'vertical sleeve dastrectomy', pembedahan ini akan membuang sebahagian daripada perut dan hanya meninggalkan perut sebesar buah pisang didalam badan pesakit. Dengan cara ini, pesakit akan mengambil makanan dalam kuantiti yang sedikit kerana mereka akan cepat merasa kenyang.
Pembedahan ikat perut ini juga telah terbukti berkesan menurunkan berat badan sebanyak 60% dalam masa dua tahun. Dalam pada itu, penampilan fizikal seseorang akan kelihatan lebih baik, malah penyakit seperti kencing manis, kolestrol dan darah tinggi juga boleh dikawal.
Menurut laman Public Health Malaysia, pembedahan ikat perut ini telah dilakukan oleh ramai selebriti tempatan seperti Michael Ang dan hasilnya kita boleh lihat hari ini.
Namun begitu, bukan semua orang boleh melakukan pembedahan ini. Mereka yang mempunyai BMI melebihi 40, atau melebihi 35 dengan penyakit seperti kencing manis, darah tinggi dan sleep apnea boleh melakukan pembedahan ini atas nasihat doktor dan pakar perubatan.
Sumber: Public Health Malaysia
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.