Adakah anda suka menyendiri? Jika YA, anda tidak perlu risau kerana kajian menunjukkan orang yang suka menyendiri adalah lebih bijak berbanding mereka yang suka bersosial.
Norman Li dan Satoshi Kanazawa yang merupakan pengkaji menjalankan kajian ini keatas 15,000 sampel. Dalam kajian ini, mereka cuba mencari kaitan antara jumlah rakan dengan kepuasan hidup dan kecerdikan individu. Ia dijalankan antara kawasan bandar dengan luar bandar.
Hasil kajian mendapati, mereka yang berada diluar bandar lebih seronok dan puas dengan kehidupan mereka, walaupun tidak mempunyai ramai rakan, berbanding dengan mereka yang di bandar.
Selain itu, mereka merumuskan bahawa individu yang suka menyendiri adalah lebih bijak berbanding mereka yang lebih gemar bersosial bersama rakan-rakan.
Namun begitu, ini hanyalah daripada satu kajian dan tidak bersifat menyeluruh. Pakar psikologi berpendapat, seseorang yang bersosial bersama mereka yang bijak juga akan mempunyai pemikiran yang hampir serupa.
Sumber: Elite Readers
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.