Seorang doktor terkejut apabila menemui sejenis haiwan penghisap darah seperti pacat dalam hidung salah seorang pesakitnya.
Dalam satu footage yang tersebar di media sosial, dikatakan perkara itu berlaku di sebuah klinik berhampiran bandar Dien Bien Phu, Vietnam. Doktor tersebut menunjukkan sejenis binatang dalam kamera yang dimasukan dalam tubuh pesakit tersebut.
Binatang pelik penghisap darah itu dapat dilihat dengan jelas sedang berada dan menghisap darah pada tubuh pesakit itu.
Doktor yang dikenali sebagai Doktor Tuan kelihatan sedang membuang binatang pelik itu dan menunjukkan pada kamera.
Menurut satu laporan, pesakit yang tidak mahu menamakan dirinya tinggal di sebuah gunung dan pergi ke doktor selepas merasa sakit pada bahagian mukanya dan sekitar hidungnya berdarah apabila tiba di klinik.
Selepas pacat dikeluarkan, dia diberitahu untuk mengelakkan daripada mengambil air minuman dari sungai kerana ia boleh mengakibatkan pembiakan parasit itu.
Sumber: mirror
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.