
Oleh Feyra Nasrom Sumber Nrsuzy Jujit
Ini cara-cara untuk buat skrub beras:
1)Korang sediakan beras, kuali serta mesin pengisar.
2) pastikan beras itu digoreng tanpa minyak . Jadikan ia garing dan nampak seperti warna kuning keemasan. Kemudian tutup api okay.
3) Tunggu hingga beras sejuk dan kisar jadi seperti halus ya,.
4) Korang letak dalam bekas tertutup dan simpan di tempat kering. Jangan letak dalam peti ais okay.
Skrub ini boleh digunakan di seluruh muka, badan. Untuk pakai di muka , korang campur sedikit air dan sapu ke kulit muka dengan perlahan dan lembut okay. Di badan, campurkan susu tepung untuk jadikan kulit lebih bersih dan lembut. Korang boleh amalkan cara ini 1 minggu sekali hingga kulit tampak bersih dan lembut.
Tapi, kalau boleh elakkan pakai tips ni ketika wajah korang ada masalah jerawat.Kena tunggu jerawat kering baru boleh pakai okay!
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.