Inilah Kita Banner
Inilah Kita Banner
Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

THR GEGAR

Permata Pantai Timur

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

THR GEGAR

Permata Pantai Timur

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

THR GEGAR

Permata Pantai Timur

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

THR GEGAR

Permata Pantai Timur

#Trending

Pahang Negeri Pertama Guna AI Dalam Sektor Pelancongan

ROSTAM, Mohamad Firdaus
12 Sep 2025, 11:28 AM

pahang negeri pertama guna ai dalam sektor pelanconganFoto: Facebook

Kerajaan Negeri Pahang melalui Tourism Pahang dengan kerjasama Telekom Malaysia (TM) bakal melancarkan aplikasi digital Pahang Destina, menjadikan Pahang negeri pertama di Malaysia yang menerapkan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) dalam industri pelancongan.

Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Pahang, YB Leong Yu Man, berkata aplikasi tersebut dibangunkan seiring perkembangan teknologi digital dan akan berfungsi sebagai platform pintar untuk mempromosikan destinasi pelancongan, makanan, budaya serta acara utama negeri.

“Melalui aplikasi ini, orang ramai boleh mendapatkan maklumat lengkap mengenai tarikan pelancongan, kulinari dan budaya. Istimewanya, aplikasi ini juga memaparkan informasi terkini daripada Tourism Pahang termasuk kempen dan program yang sedang berlangsung untuk menarik lebih ramai pelancong,” katanya ketika ditemui pada Majlis Pra-Pelancaran Pahang Destina Inisiatif Pelancongan AI di Swiss-BelHotel, semalam.

Beliau memaklumkan, pada fasa awal aplikasi itu memberi tumpuan kepada tiga lokasi utama iaitu Kuala Lipis, Cerating dan Bukit Fraser, sebelum diperluaskan secara berperingkat.

“Buat masa ini, kita fokus kepada tiga destinasi dahulu. Dari semasa ke semasa, ia akan diperluaskan kerana Pahang mempunyai banyak tarikan. Ujian turut dijalankan bagi menambah baik aplikasi ini,” jelasnya.

Tambahnya lagi, majlis kali ini hanyalah pra-pelancaran manakala pelancaran rasmi dijadualkan pada Oktober depan, bersempena dengan Kempen Tahun Melawat Malaysia peringkat Negeri Pahang.

Turut hadir, Pengarah MOTAC Negeri Pahang, Mohd Fharid Saidu, serta Pengarah Tourism Malaysia Wilayah Timur, Mohd Azizul Arif Hj. Yahaya.

Sumber: Pahang Media

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}
Ads With Us Ads With Us Ads With Us