Pernahkah anda melihat keadaan dan rupa papan pemotong makanan yang ada di rumah, mahupun dikedai makan yang anda kunjungi?
Memetik hantaran dari Public Health Malaysia, papan pemotong yang calar balar, berdaki dan berkulat merupakan salah satu punca menyebabkan keracunan makanan, seterusnya mengakibatkan cirit-birit dan sakit perut.
Ia adalah disebabkan kehadiran kuman seperti Salmonella, e coli dan sebagainya dalam kesan rekahan serta calar pada permukaan papan pemotong ini.
Kajian menunjukkan, 1 cm persegi papan pemotong mempunyai lebih 24 ribu bakteria, menjadikan ia 200 kali ganda lebih banyak kuman berbanding tempat duduk tandas!
Justeru, adalah disarankan agar anda tidak menggunakan papan pemotong yang sudah daif, selain menggunakan papan pemotong yang berbeza untuk bahan mentah, sayuran atau buah-buahan.
Sumber: Public Health Malaysia
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.