Sebelum ini pernah tular video menunjukkan sekumpulan doktor mengeluarkan paru-paru dari seorang lelaki yang telah menjadi hitam gara-gara tabiat merokok.

Kejadian berlaku di Wuxi People Hospital di Jiangsu, China, diketuai oleh Dr. Chen Jingyu bersama pasukannya mengeluarkan paru-paru untuk didermakan kepada sesiapa yang memerlukannya.

Namun selepas melihat keadaan paru-paru tersebut, mereka memutuskan untuk menolak pendermaan organ itu kerana keadaan paru-paru yang sangat tidak sihat.
Penderma organ itu merupakan seorang lelaki berusia 52 tahun dan telah menjadi perokok tegar selama 30 tahun. Dalam masa 30 tahun itu, lelaki ini akan menghisap rokok sebanyak satu kotak sehari. Bagaimana pun, lelaki itu disahkan mati otak dan berhasrat mahu mendermakan organnya.

Namun, selepas pembedahan organ, Dr Chen dan pasukannya terkejut melihat keadaan paru-paru penderma berkenaan yang tidak lagi boleh digunakan.
Sumber: Mirror
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.