Hari perkahwinan adalah momen yang paling terindah dan tidak dapat dilupakan oleh pasangan suami isteri. Sedihnya, si suami ini terlupa tentang hari perkahwinannya gara-gara menghidap penyakit Alzheimer.
Peter Marshall, 56, terlupa bahawa dia sudah berkahwin dengan isterinya 12 tahun yang lalu. Oleh itu, Peter dan isterinya, Lisa, 54, membuat keputusan untuk mengadakan perkahwinan buat kali kedua pada 26 April lalu di Connecticut, Amerika Syarikat.
Pasangan ini berkahwin kali pertama pada Ogos 2009.
Pada 2018, Peter didiagnos menghidap penyakit Alzheimer dan mengalami masalah kehilangan ingatan yang semakin teruk pada tahun berikutnya.
Ketika pasangan itu sedang menonton televisyen, Peter secara tiba-tiba melamar kepada isterinya pada Disember lalu.
“Saya tidak tahu siapa saya kepadanya sekarang ini, tetapi saya tahu bahawa dia pasti mencintai saya dan merasai selamat bersama saya,” kata Lisa.
Pasangan itu melangsungkan perkahwinan mereka buat kali kedua dengan penuh keriangan.
Sumber: Metro.co.uk
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.