Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

THR GEGAR

Permata Pantai Timur

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

THR GEGAR

Permata Pantai Timur

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

THR GEGAR

Permata Pantai Timur

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

THR GEGAR

Permata Pantai Timur

#Trending

[Video] “Sejuk Perut Ibu Mengandung” – Pelajar Tahfiz Tak Lepas Al-Quran Walau Di Atas Motosikal

ROSTAM, Mohamad Firdaus
11 Jul 2025, 11:23 AM

[video] “sejuk perut ibu mengandung” – pelajar tahfiz tak lepas al-quran walau di atas motosikalFoto: Tangkapa skrin layar TikTok

Sikap tekun dan komitmen luar biasa seorang kanak-kanak lelaki dalam menuntut ilmu agama menarik perhatian ramai apabila dia dilihat tidak melepaskan peluang membaca al-Quran meskipun sedang menunggang motosikal bersama bapanya.

Menerusi sebuah video pendek yang tular di media sosial sejak hari Selasa lalu, kelihatan kanak-kanak tersebut yang berpakaian lengkap seperti seorang pelajar tahfiz, sedang membonceng motosikal sambil mulutnya tidak berhenti mengalunkan ayat-ayat suci al-Quran.

Rakaman yang dipercayai diambil ketika motosikal itu berhenti di lampu isyarat merah menunjukkan kanak-kanak itu begitu fokus membaca, tanpa menghiraukan keadaan sekeliling. Tindakannya itu bukan sahaja mencuri tumpuan, malah menyentuh hati ramai pengguna media sosial yang menyifatkan kanak-kanak itu sebagai contoh teladan kepada generasi muda masa kini.

 

@fz_fadhlilzain_

Semoga kamu sentiasa dalam lindunganNYA......amin

♬ Setanggi Syurga - ꧁ 𝑹.𝒌𝒂𝒚_𝑶𝒇𝒇𝒊𝒄𝒊𝒂𝒍 ꧂

 

Netizen Puji Didikan Ibu Bapa

Kebanyakan warganet memuji usaha dan kesungguhan kanak-kanak tersebut serta menyifatkan beliau sebagai anak yang telah dididik dengan baik oleh kedua ibu bapanya.

Antara komen yang ditinggalkan termasuk:

“Allahuakbar, bagusnya adik ini atas motosikal masih lagi membaca surah al-Quran. Semoga menjadi anak yang baik, bertanggungjawab dan soleh,” ujar seorang pengguna dikenali sebagai Raja Zarida.

“Sejuk perut ibumu anak baik, moga ALLAH permudahkan urusanmu dan berjaya dunia akhirat,” kata Rohayati Kosnan yang turut berharap agar anak-anaknya juga menjadi sebaik kanak-kanak tersebut.

Tidak kurang juga yang memohon agar anak-anak mereka turut mengikuti contoh yang baik ini dan terus istiqamah dalam menuntut ilmu agama.

Jadi Sumber Inspirasi Buat Masyarakat

Walaupun identiti dan lokasi sebenar kanak-kanak berkenaan masih belum dikenal pasti sehingga kini, amalan yang dilakukan olehnya ternyata memberi kesan yang mendalam dalam kalangan masyarakat.

Ramai yang menyifatkan tindakan spontan itu sebagai lambang keberkatan dalam pendidikan, selain menjadi inspirasi khususnya kepada golongan muda untuk terus istiqamah dalam menuntut ilmu agama, walau di mana sekalipun berada.

Di zaman yang penuh cabaran ini, teladan yang ditunjukkan oleh kanak-kanak tersebut dilihat sebagai sinar harapan bagi melahirkan generasi muda yang bukan sahaja celik ilmu duniawi, malah seimbang dengan ilmu ukhrawi.

Sesungguhnya, keberkatan ilmu bermula dengan usaha dan keikhlasan dalam menuntutnya dan adik kecil ini telah membuktikannya walaupun masih di usia muda.

Sumber: TikTok

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}
Ads With Us Ads With Us Ads With Us