Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

THR GEGAR

Permata Pantai Timur

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

THR GEGAR

Permata Pantai Timur

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

THR GEGAR

Permata Pantai Timur

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

THR GEGAR

Permata Pantai Timur

#Trending

Bukan KLCC, Bukan Pantai? Pelancong Jepun Jatuh Hati Pada Lorong Belakang Rumah di Malaysia!

IDRUS, Husna Najwa
25 Sep 2025, 11:35 AM

bukan klcc, bukan pantai? pelancong jepun jatuh hati pada lorong belakang rumah di malaysia!

Foto: Threads

Setiap negara ada pesona tersendiri kadangkala keindahan itu tidak disedari oleh penduduk tempatan sendiri. Begitulah kisah seorang pelancong Jepun yang kini tinggal di Malaysia, apabila lorong-lorong belakang yang sering dianggap “biasa” oleh rakyat tempatan, berjaya menawan hatinya.

Melalui perkongsian di Threads, pelancong tersebut memuat naik beberapa keping gambar lorong sempit di antara rumah dan deretan kedai, sambil mengakui bahawa beliau sangat menyukai reka bentuk serta suasana yang wujud di kawasan itu.

“Saya sangat suka reka bentuk jalan dan lorong di Malaysia,” tulisnya.

Foto yang dikongsikannya memaparkan laluan kecil ada yang dipenuhi lumut hijau, ada juga yang berlatarbelakangkan bangunan kedai lama. Walaupun tidak bersih sepenuhnya, beliau berpendapat bahawa itulah yang menjadikan lorong-lorong itu unik.

Di ruangan komen, ada rakyat Malaysia yang berseloroh dengan mengatakan lorong-lorong belakang sebegitu biasanya tidak bersih dan jarang dijadikan lokasi bergambar. Namun, bagi pelancong Jepun itu, keistimewaan lorong Malaysia bukan pada kebersihannya, sebaliknya pada “simetri, kedalaman, dan suasana tropika yang sedikit berkabus” yang memberi daya tarikan tersendiri berbeza sama sekali dengan lorong-lorong di Jepun.

Ada juga pengguna media sosial yang membandingkan lorong di Jepun yang lebih tersusun dan bersih. Namun, pelancong itu tetap menegaskan bahawa lorong di Malaysia punya karakter yang tidak ada di negaranya sendiri. Baginya, lorong-lorong sempit di Malaysia terasa lebih hidup, asli dan penuh cerita.

bukan klcc, bukan pantai? pelancong jepun jatuh hati pada lorong belakang rumah di malaysia!

Foto Hiasan

Kisah ini membuka mata ramai bahawa sesuatu yang dianggap remeh oleh kita, boleh jadi begitu istimewa di mata orang lain. Mungkin selepas ini, rakyat Malaysia akan melihat lorong belakang dengan perspektif baharu bukan sekadar laluan sempit, tetapi sebahagian daripada keunikan landskap bandar yang jarang dihargai.

Sumber: Threads

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}
Ads With Us Ads With Us Ads With Us