Kesalahan menggunakan telefon bimbit sambil memandu kereta sering sekali didengar dimana-mana negara pun. Tapi, seorang pemandu di England ditahan kerana bukan sahaja melanggar kesalahan menggunakan telefon bimbit tetapi dia sempat bancuh secawan teh sambil memandu!
Memang lain macam!
Pada awalnya, polis trafik perhati bahawa pemandu tersebut menggunakan telefon bimbitnya ketika dia melalui lebuh raya M62.
Selepas menahan kereta itu, anggota polis yang bertugas terkejut apabila melihat apa yang ada dalam kenderaan tersebut.
Polis tersebut mendapati sebiji cerek berada di kerusi penumpang serta ada kesan tumpahan susu di lantai kereta itu.
Insiden itu turut dikongsikan di lama Twitter milik North West Motorway Police.
Oleh kerana insiden itu, laporan kesalahan lalu lintas telah dikeluarkan terhadap pemandu berkenaan.
Sumber: Metro.co.uk
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.