Kematian itu pasti dan setelah selesainya segala urusan jenazah dan pengebumian pasti akan ada proses pembahagian harta si mati.

Sebelum itu kita kena tahu terlebih dahulu apa itu Faraid? Faraid mengikut syarak bermaksud bahagian yang ditetapkan oleh syarak kepada pewaris.
Pembahagian faraid ini sudahpun jelas terkandung dalam kitab Al-Quran yang dinyatakan dalam Surah al-Nisa ayat 11,12 dan 176.
Waris | Bahagian | Penjelasan |
Isteri | 1/8 | فَإِن كَانَ لَكُمْ وَلَدٌ فَلَهُنَّ الثُّمُنُ مِمَّا تَرَكْتُم Maksudnya: “Tetapi kalau kamu mempunyai anak maka bahagian mereka (isteri-isteri kamu) ialah satu perlapan dari harta yang kamu tinggalkan” (Surah al-Nisa’: 12) |
Dua orang anak perempuan | 2/3 | فَإِن كُنَّ نِسَاءً فَوْقَ اثْنَتَيْنِ فَلَهُنَّ ثُلُثَا مَا تَرَكَ Maksudnya: “Tetapi jika anak-anak perempuan itu lebih dari dua, maka bahagian mereka ialah dua pertiga dari harta yang ditinggalkan oleh si mati.” (Surag al-Nisa’: 11) |
Seorang saudara kandung lelaki dan dua orang saudara kandung perempuan | ‘Asabah | قُلِ اللَّـهُ يُفْتِيكُمْ فِي الْكَلَالَةِ Maksudnya: “Katakanlah: “Allah memberi fatwa kepada kamu di dalam perkara Kalaalah itu” (Surah al-Nisa’: 176) |
Anak angkat kepada adik beradik | Tiada bahagian | Anak angkat tidak disenaraikan dalam pembahagian harta pusaka. |
Anak-anak saudara kandung | Tiada bahagian | Anak saudara tidak mendapat bahagian kerana telah dihalang oleh adik-beradik si mati (Ibunya) |
Saudara kandung yang telah meninggal dunia sebelum arwah | Tiada bahagian | Waris kepada saudara kandung yang telah meninggal dunia sebelum arwah tidak mendapat bahagian dalam pembahagian harta pusaka. |
Baginda Nabi ﷺ bersabda:
أَلْحِقُوا الْفَرَائِضَ بِأَهْلِهَا ، فَمَا بَقِيَ فَهُوَ لِأَوْلَى رَجُلٍ ذَكَرٍ
Maksudnya: “Bahagikanlah harta perwarisan kepada yang berhak dalam kalangan ahli waris. Sekiranya ada yang berbaki maka yang lelaki dalam kalangan kamulah yang lebih berhak.”
Riwayat al-Bukhari (6351) dan Muslim (1615)
Dan ada juga kewajipan yang perlu dilakukan sebelum pembahagian harta pusaka iaitu:
- Hendaklah mendahulukan daripada harta peninggalan si mati belanja kematian dan pengebumiannya.
- Melangsaikan hutang si mati sama ada hutang dengan Allah dan hutang dengan manusia. (Jika bergantung pada ain harta peninggalan itu hak seperti zakat, gadaian dan sebagainya hendaklah didahulukan daripada belanja kematian dan pengebumian)
- Melaksanakan segala wasiat daripada 1/3 baki si mati berdasarkan ketetapan syarak.
- Pembahagian pusaka dikalangan ahli waris jika harta masih berbaki.
Sumber: Mufti Wilayah
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.