Hari ni bermulalah peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan hari ini jugalah Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik memaklumkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan memperkenal sistem jadual peperiksaan anjal atas faktor logistik, cuaca serta kebajikan pelajar
Memetik laporan Harian Metro, jadual SPM akan diawalkan selewat-lewatnya akhir September atau awal Oktober bermula 2019 untuk subjek elektif dengan sukatan pelajaran bersifat kemahiran dan mengandungi kerja kursus.
"Walaubagaimanpun subjek teras seperti bahasa Melayu, bahasa Inggeris, Sains, Matematik, Pendidikan Islam Dan Sejarah kekal mengikut jadual seperti biasa," .
Dengan cara ini, tekanan pelajar dapat dikurangkan, waktu peperiksaan dapat dipendekkan dan dapat mengurangkan bebanan pengawas peperiksaan yang bertugas. Antara subjek elektif yang diawalkan termasulah Pendidikan Seni, Pertukangan, Sains Komputer, bahasa bukan teras seperti Kadazan Dusun, Iban, Tasawuf Islam dan Seni Muzik.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.