Para wanita yang menyukai alat solek pasti ada alat yang berbulu. Sebenarnya, alat make up yang berbulu terdapat beberapa jenis. Ada yang sintetik dan juga ada yang diperbuat daripada bulu binatang.
Sekiranya bulu binatang itu diperbuat daripada binatang yang halal disentuh, tidak mengapa. Namun, kebanyakkan alat make up dipasaran menggunakan bulu khinzir dan ini sangat salah di sisi agama.
Jadi, macam mana nak bezakan alat make up yang menggunakan bulu sintetik atau bulu khinzir? Ini caranya;
1. Lihat label produk. Sekiranya tertera Hog Bristle, Pig Bristle atau Boar Bristle itu bermaksud bulu yang digunakan daripada khinzir.
2. Bulu sintetik lebih bersinar daripada bulu binatang. Maka, kalau anda lihat bulu yang digunakan tidak bersinar seeloknya elakkan sentuh mahupun membelinya.
3. Bulu binatang senang dicabut dan lebih lembut teskturnya berbanding bulu binatang.
4. Bulu khinzi bersifat bercabang.
Sumber: Youtube Lana Vallo
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.