Kebelakangan ini, cuaca panas di Malaysia memang lain macam. Cuaca makin panas, hujan malam pun sekejap sahaja. Angin malam pun dah makin panas. Disebabkan cuaca panas, tekak pula rasa kering dan haus.
Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, ia telah menyatakan bahawa kita sedang berada pada penghujung Fasa Monsun Timur Laut. Taburan hujan di Semenanjung Malaysia adalah rendah dan cuaca menjadi makin panas.
Sebab itu ramai orang dinasihatkan supaya banyakkan minum air dan kurangkan melakukan aktiviti luar jika cuaca terlalu panas.Oleh itu, anda juga perlu tahu perbezaan antara keletihan haba dan strok haba (heat stroke).
Strok haba boleh berlaku jika anda mengalami keletihan haba pada jangka waktu yang panjang. Namun, jika anda mengalami gejala keletihan haba, pastikan anda mencegahnya daripada menjadi strok haba.
Cara pencegahan awal daripada anda mengalami strok haba
- Bawa diri ke tempat sejuk yang ada pendingin hawa
- Minum air jika diri masih sedar
- Mandi air sejuk
- Lapkan badan dengan tuala sejuk
Tapi macam mana nak tahu perbezaan antara keletihan haba dan strok haba.
Kalau anda alami strok haba, pastikan anda dial 999 dan cuba sejukkan badan sehingga bantuan tiba.
Sumber: Public Health Malaysia
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.