Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

GEGAR

Permata Pantai Timur

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

GEGAR

Permata Pantai Timur

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

GEGAR

Permata Pantai Timur

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

GEGAR

Permata Pantai Timur

#Trending

Perhilitan Terengganu Pindah Gajah Berkeliaran Di Hulu Besut

Gajah liar jantan yang berjaya ditangkap oleh Anggota Jabatan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu pada Isnin lepas di Kampung Pak Sik, Hulu Besut berjaya dinaikkan ke atas lori khas untuk dipindah dan dilepaskan ke lokasi sesuai pada Khamis
Abdul Muadzar Azizan.
05 Jul 2024, 02:41 PM

perhilitan terengganu pindah gajah berkeliaran di hulu besut

Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) berjaya memindahkan seekor gajah jantan yang berkeliaran sejak sebulan lepas di Kampung Pak Sik, Hulu Besut di sini, pada Khamis.

Pengarah Perhilitan Terengganu, Loo Kean Seong berkata, gajah jantan yang memiliki hanya satu gading itu ditangkap pada jam 9 pagi Isnin lepas.

"Operasi menghalau dilakukan terlebih dahulu oleh pihaknya sebaik menerima aduan penduduk tentang kehadiran gajah itu sebelum kerja menangkap dilakukan bermula 9 Jun lepas memandangkan gajah tersebut kembali semula ke kawasan kampung.

"Seramai 17 anggota termasuk daripada ibu pejabat Perhilitan, Pusat Konservasi Gajah Kuala Deka, Hulu Terengganu dan Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah, Temerloh, Pahang terlibat dalam operasi memindahkan gajah ini,” katanya kepada pemberita, di sini pada Khamis.

Kean Seong berkata, pihaknya menghadapi cabaran untuk menangkap gajah yang agresif itu kerana haiwan tersebut mengalami kecederaan pada bahagian punggung kiri akibat ditusuk gading oleh gajah jantan liar yang lain

perhilitan terengganu pindah gajah berkeliaran di hulu besutAnggota Perhilitan Terengganu menggunakan dua ekor gajah denak, iaitu Suria dan Kala dalam membantu operasi memindahkan seekor gajah jantan liar di Kampung Pak Sik, Hulu Besut bermula jam 8.30 hingga 11.30 pada Khamis. Foto Bernama

Beliau berkata, operasi memindahkan gajah dianggarkan berusia 10 hingga 12 tahun itu dibantu dua ekor gajah denak betina iaitu Suria dan Kala yang dibawa dari Pusat Konservasi Gajah Sungai Deka.

Kean Seong berkata, operasi menaikkan gajah liar seberat lebih kurang dua tan itu bermula jam 8 pagi dan selesai kira-kira 11.30 pagi.

"Dengan penangkapan dan pemindahan gajah yang kedua di kampung ini dalam tempoh kira-kira dua bulan ini dapat mengelak penduduk kampung mengalami kerugian lebih besar akibat tanaman mereka dirosakkan gajah,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menasihati orang ramai agar lebih berhati-hati dan berwaspada jika terserempak dengan hidupan liar dan segera melaporkan kepada pihaknya untuk tindakan lanjut

Sumber : Sinar Harian & Bernama

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}
Ads With Us Ads With Us Ads With Us