Ada pelbagai jenis pemandu di Malaysia, ada yang berhemah dan ramai juga mengambil mudah keselamatan di jalan raya. Memotong barisan, melanggar lampu isyarat dan tidak menggunakan signal adalah antara kesilapan biasa pengguna jalan raya. Ada juga kesilapan yang mungkin sudah biasa dilihat, tidak dianggap salah atau sudah menjadi sebahagian budaya dan sikap.
Ada pengguna jalan raya yang benar-benar tidak tahu, tapi ada juga yang tidak ambil kisah. Kami senaraikan lima kesilapan biasa dilakukan pengguna jalan raya di Malaysia yang nampak simple tapi beri kesan kepada pengguna jalan raya lain.
#1

Kredit: Shutterstock
Ada yang menganggap topi keledar sekadar hiasan kepala. Tidak diikat dengan kemas atau lebih teruk tidak dipakai langsung terutamanya jika sekadar menunggang motosikal ke kedai berhampiran rumah serta di laluan kurang kenderaan. Tidak kurang juga sesetengah penunggang dewasa memakai topi keledar tetapi membiarkan anak kecil yang dibonceng tanpa pelindung kepala.
#2

Kredit: The Star
Memandu melebihi had laju bukanlah perkara asing di jalan raya. Jumlah saman trafik atas kesalahan ini juga tidak terhitung banyaknya. Tetapi tidak semua jalan membolehkan kita memecut sehingga 110km/j, bergantung kepada keadaan jalan dan peratusan kemalangan. Kelajuan 110km/j dibenarkan di lebuh raya tetapi jalan persekutuan kebiasaannya hanya 90km/j.
#3

Kredit: Shutterstock
Ada juga yang membiarkan anak-anak bermain bebas di kerusi belakang tanpa dipasangkan kerusi bayi atau tali pinggang keledar. Anak-anak dipangku atau lebih teruk memandu sambil memegang anak! Ada juga yang membawa penumpang melebihi muatan yang dibenarkan. Pernah lihat penunggang motosikal membonceng tiga penumpang belakang?
#4

Kredit: Shutterstock
Tidak berhenti di kawasan sepatutnya seperti di zebra crossing tetapi berhenti di tempat tidak sepatutnya seperti di garisan kuning. “Don't drink and drive” perlu ditambah baik kepada “Don't drink, eat, put on make-up, touch up your face, use social media, selfie and drive".
#5

Kredit: Shutterstock
Pejalan kaki juga tidak terkecuali. Ramai yang mengambil jalan mudah melintasi jalan raya kerana malas menggunakan jejantas yang disediakan. Lebih menakutkan sesetengahnya menyeberangi jalan dengan cara berhenti seketika di garisan putih di tengah-tengah jalan.
Tindakan-tindakan ini berbahaya kepada anda dan pengguna jalan raya yang lain. Ada banyak lagi tindakan yang perlu dielakkan di jalan raya. Selain boleh mengetahui apa yang boleh dan apa yang tidak, anda boleh ketahui alasan munasabah atau alasan berdasarkan fakta sains dengan mengunjungi pameran PETRONAS StreetSmart.

Pameran PETRONAS StreetSmart yang dibawakan khas dari PETRONAS dan dikendalikan oleh Petrosains, The Discovery Centre® telah bermula sejak tahun 2001 dan sehingga kini telah menjelajahi hampir ke semua negeri di Malaysia dan mendekati lebih daripada 1.6 juta rakyat Malaysia.


Sebanyak 15 buah bahan pameran yang interaktif dibawakan dalam pameran ini untuk memberikan para pengunjung pengalaman yang berbeza dari sudut sains keadaaan di jalan raya supaya mereka dapat memahami dengan lebih mendalam tentang bahaya dan risiko di atas jalan raya dan bagaimana untuk sentiasa selamat ketika berada di atas jalan raya.
Selain pameran, PETRONAS StreetSmart turut menjalankan pelbagai program luaran seperti kunjungan ke sekolah-sekolah dan komuniti yang berada berhampiran dengan lokasi pameran diadakan, termasuklah di kawasan terpencil untuk melakukan aktiviti dan bengkel sains.
Pameran PETRONAS StreetSmart sekarang berada di Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu (PSKT) mulai 4 November 2017 hingga 30 April 2018. Bagi sekolah-sekolah dan komuniti yang berada berhampiran dengan PSKT, jangan lepaskan peluang untuk mengunjungi pameran ini. Ayuh sertai pelbagai program dan aktiviti yang menyeronokkan dan berpendidikan yang pastinya akan membantu meningkatkan kesedaran keselamatan jalan raya dan memupuk sikap lebih bertanggungjawab di jalan raya.

Layari PETRONAS StreetSmart untuk maklumat lanjut.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.