Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

THR GEGAR

Permata Pantai Timur

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

THR GEGAR

Permata Pantai Timur

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

THR GEGAR

Permata Pantai Timur

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

THR GEGAR

Permata Pantai Timur

#Trending

6 Perkara Yang Kita Tidak Ingin Berlaku Dalam Bas & Cara Untuk Atasinya

Ada yang ada pengalaman dengan perkara-perkara ni ke?
Editor
24 Feb 2019, 07:00 AM

Kredit gambar utama: Shutterstock

Siapa yang selalu naik bas ekspres tu mesti ada berbagai momen yang pernah korang lalui, kan? Iyalah, perjalanannya memakan masa berjam, dari malam menjejak pagi... Dan ada kalanya kejadian seperti ini sukar untuk kita elak, cuma kan lebih baik kalau kita tahu cara untuk atasinya. 

#1 Muntah

Ada orang yang pantang naik bas atau sebarang kenderaan bergerak. Setiap kali masuk je kenderaan, mulalah mabuk pening dan akhirnya muntah. Kalau korang jenis macam ni, sebaiknya dapatkan ubat tahan muntah di klinik atau farmasi dan makan sebelum naik bas.

#2 Bau Kaki

Korang yang ada masalah bau kaki tu, sebaiknya pakai stoking dan kasut bertutup dan sesekali buka kasut sepanjang perjalanan. Pastikan juga korang cuci kaki dengan kerap, scrub segala daki, ganti stoking setiap hari dan simpan kasut di tempat simpanan terbuka untuk membolehkan pengaliran udara. Barulah kaki tak busuk!

#3 Tertinggal Beg

6 perkara yang kita tidak ingin berlaku dalam bas & cara untuk atasinya

Kredit: Shutterstock

Ada yang selesa bawa sebuah beg galas dan tak kurang juga yang kalau boleh ‘satu almari’ hendak dibawanya. Jika jadi keadaan kedua ni, korang kenalah sentiasa ingat berapa banyak beg yang dibawa, berapa banyak dibawa naik ke atas bas dan berapa pula diletak di dalam ruang simpanan bawah bas. Takut terlupa? Letaklah reminder di telefon bimbit, anggaran 15 minit sebelum tiba ke destinasi.

#4 Perut Memulas & Tak Tahan Nak Buang Angin

Aduh! Dahlah bas berpenghawa dingin. Dalam keadaan ini sure penumpang kerusi sebelah tu pun jadi tak selesa. Lagilah kalau yang keluar tu angin busuk atau yang berbunyi kuat. Nampak remeh tetapi pastikan korang pilih makanan sihat, segar dan jauhi makanan terlalu pedas sekurang-kurangnya sehari sebelum naik bas.

#5 Ditinggalkan Bas

Ha, kejadian macam ni boleh terjadi dalam perjalanan jauh sewaktu berhenti buang air atau rehat di R&R. Ada masanya kita perlukan lebih masa, sebaiknya maklumkan kepada orang sebelah yang kita turun dan minta tolong dia maklumkan kepada pemandu kalau-kalau bas dah nak mula bergerak.

#6 Telefon Kehabisan Bateri

Powerbank pula terlupa bawa, siapa yang tidak risau kan? Macam mana nak hubungi keluarga, nak maklumkan yang kita dah sampai nanti. Dahlah telefon awam memang susah nak jumpa kini. Nasib baiklah sesetengah bas ekspres seperti Ekspress Mutiara menyediakan port pengecasan khas buat penumpang. Tak perlulah korang risau telefon kehabisan bateri.

Lagi best, sesetengah bas Ekspress Mutiara turut menyediakan perkhidmatan Wi-Fi supaya korang dapat terus berhubung dengan keluarga dan kawan-kawan sepanjang perjalanan. Memang tak bosanlah travel dengan Ekspress Mutiara ni.

6 perkara yang kita tidak ingin berlaku dalam bas & cara untuk atasinya

Nak pergi mana-mana tak perlu risau lagi nak pilih bas mana. Korang boleh beli tiket secara online lebih awal. Layari je www.e-mutiara.com untuk info lanjut.

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}
Ads With Us Ads With Us Ads With Us