
Oleh Feyra Nasrom Sumber Hanasuva
Masalah perut buncit adalah musuh terbesar bagi kaum wanita. Perut buncit akan membuatkan kita hilang keyakinan untuk berfesyen dan menggayakan sesuatu pakaian, ya tak? Jangan sangka orang berbadan besar je alami masalah ni tau! Orang berbadan kecil pun turut berhadapan dengan masalah perut buncit sebenarnya.. Jadi, apa trik sementara yang korang boleh praktikkan untuk tidak menampakkan perut buncit korang tu? Meh baca kat bawah ni :
1)Beli saiz yang bersesuaian:
Nak sorok perut buncit, triknya korang jangan sesekali paksa diri pakai seluar ketat, seluar ketat akan membuatkan lemak di perut lagi melimpah keluar dan lebih menampakkan perut anda buncit.
2) Pakai seluar Hight-Waist
Seluar ni jenis yang tinggi di bahagian perut yang akan menutup bahagian perut korang. Selain lebih nampak bergaya, ia juga berfungsi untuk sembunyikan lemak dan juga bengkung untuk perut.
3) Pakai baju yang longgar
Kalau seluar dah ketat, baju kena longgar. Baju longgar memang sembunyikan perut korang yang buncit.
4) Beli seluar bergetah
Tanpa perlu membuatkan perut senak dan lebih selesa, pakai seluar bergetah.
5)Korset, bengkung
Korset tujuannya untuk membuatkan perut nampak rata dan tiada benjolan di perut. Ha amalkan pakai bengkung okay, dalam masa yang sama boleh merampingkan pinggang korang tau !
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.