Polis Kelantan menafikan isu tular mengenai seorang lelaki positif COVID-19 yang dikatakan melarikan diri dari Hospital Raja Perempuan Zainab II.
Menurut Timbalan Ketua Polis Kelantan, berdasarkan maklumat yang diterima, lelaki yang berasal dari Jerteh, Besut, Terengganu itu sebenarnya belum pun menjalani pemeriksaan, dan tidak diketahui status sama ada beliau positif COVID-19 mahupun sebaliknya.
Lelaki berkenaan mengadu demam, namun tidak menjalani pemeriksaan dan meninggalkan hospital atas urusan lain.
“Kami tidak menerima apa-apa laporan berkaitan kes itu dan polis berharap perkara ini tidak diviralkan kerana boleh mencetuskan panik dalam kalangan orang ramai," katanya ketika dihubungi hari ini.
Baru-baru ini tular di media sosial kononnya lelaki berkenaan positif COVID-19 dan menaiki bas pulang ke Besut.
Menurut Sinar Harian, lelaki berkenaan kini berada di Hospital Jerteh untuk pemeriksaan dan berharap agar isu mengenai dirinya itu dihentikan agar tidak menimbulkan panik dalam masyarakat.
Sumber: Sinar Harian
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.